Pages

Thursday 16 June 2011

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEWAN BETA



Faktor-faktor Penubuhan

  • Kehendak masyarakat tempatan iaitu perlunya sebuah sekolah menengah demi kepentingan pelajaran anak-anak mereka.
  • Desakan secara rasmi daripada penggerak Pemuda UMNO cawangan Dewan Beta dalam mesyuarat agungnya pada 1979 kepada bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Ariffin Said dan salinan dihantar ke JPN Kelantan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Alasan-alasan utama ialah :
                 a) Daerah Dewan Beta merupakan satu-satunya daerah yang tidak
mempunyai sekolah menengah dalam jajahan Kota Bharu.
                b) Pelajar-pelajar daerah Beta terpaksa berulang alik sejauh 10 km setiap hari untuk belajar di sekolah-sekolah berhampiran seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Salor.


Proses Penubuhan

  1. Kenal Pasti Tapak.
                 Pada tahun 1981, pengecaman tapak telah dilakukan pada penghujung tahun tersebut. Jabatan Ukur Persekutuan (JUP) dan Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk menjadikan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan Dewan Beta di atas sebidang tanah seluas 17 hektar yang terletak di kampung Atas Pengget ( tanah dusun dan sawah padi), dengan bayaran pampasan antara  RM28.00 hingga RM33.00 sedepa.

  1. Proses Pembangunan
                  Pembinaan bermula pada penghujung tahun 1985 dan siap keseluruhannya pada tahun 1987 dengan terbinanya tiga blok bangunan kelas, satu blok bengkel dan satu blok kantin.

  1. Sesi Persekolahan
                 Sekolah Menengah Kebangsaan Dewan Beta memulakan sesi persekolahan pada bulan Januari 1988, berbekalkan tenaga pengajar sebanyak 12 orang pendidik, seorang pegawai kerani, dan tiga orang pekerja am. Pelajar-pelajar mula mendaftarkan diri di sekolah ini pada 3 Januari 1988. Sebanyak 207 orang pelajar telah mendaftarkan diri dan sebanyak lima kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan dua.

4. Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Dewan Beta

      Upacara perasmian sekolah ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Datin Paduka Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negara pada hari Ahad 14 Oktober 1990 bersamaan 25 Rabiulawal 1411H.

  1. Penggredan
                   Sejak tahun 1988 SMKDB dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah, tetapi pada tahun1992, sekolah ini telah maju setapak lagi dengan pembukaan kelas tingkatan 4 sebanyak tiga kelas dan pada tahun 1993 telah melahirkan pelajar sulungnya pada peringkat SPM. Pada tahun 1997, SMKDB telah melahirkan pelajar aliran Sains untuk pertama kalinya.
                   Kini SMK Dewan Beta telah berkembang begitu pesat sekali. SMKDB telah dinaikkan ke gred A pada tahun 2001. Pada tahun 2011, SMKDB  mempunyai seramai 950 orang pelajar dan 32 buah kelas.



PENGASAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEWAN BETA


Nama                        :  Dato’ Hj. Ariffin bin Said. P.S.S.K. Perak, D.J.M.K.
                                    Kelantan

Pendidikan Awal        : Sekolah Kebagsaan Dewan Beta, Kota Bharu

Kelulusan                   : BA (HONS) UM, MA (USA)

Perjuangan                 : Beliau merupakan tenaga penggerak utama dalam usaha
                                    penubuhan SMKDB ketika beliau memegang jawatan
                                    Timbalan Menteri Besar Kelantan. 

No comments:

Post a Comment